Thursday 31 May 2012

TAMADUN YUNANI

  • Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi Laut Aegean dan Laut Mediteranan.
  • Tamadun Yunani bermula dengan pembentukan petempatan manusia dikenali sebagai negara kota atau polis.
  • Negara kota Yunani terbentuk hasil gabungan beberapa buah Kampung dan Bandar.
  • Negara kota paling terkenal dalam tamadun Yunani ialah Athens, Sparta dan Corintah.
  • Setiap negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian ,dan dalam kota terdapat pasar, kubu dan istana.
  • Setiap negara kota memiliki corak pemerintahan ,undang-undang tersendiri dan juga memilliki beberapa tuhan. 
  • Selain itu, masyarakat dalam negara kota sentiasa bersatu padu.Peperangan sering berlaku antara negara kota.
  • Fungsi bagi acropolis ialah kawasan tertinggi yang menempatkan bangunan kerajaan dan keagamaan.
  • Fungsi bagi agora ialah tempat pertemuan atau mesyuarat rakyat yang merupakan pusat ekonomi polis.   
  • Fungsi bagi kawasan pertanian untuk menyediakan keperluan penduduk di dalam kota.
Peta yang menunjukkan lokasi Tamadun Yunani kedudukan Sparta dan kedudukan beberapa negara kota.